Sunday, 7 July 2013

KEMATIAN KECIL

KEMATIAN KECIL

Kita selalu mengalami keadaan roh terpisah daripada jasad pada setiap malam semasa tidur.  Ini kerana, apabila manusia tidur, roh azali diangkat oleh Allah ke sisi-Nya, sehingga yang tinggal hanya roh yang sudah bersatu pada nafas iaitu jiwa.  Kemudian atas kemahuan-Nya, roh azali itu dikembalikan semula ke jasad kita.
Ini menyebabkan kita terbangun daripada proses kamatian kecil (tidur) itu.  Dengan kata lain, kita mengalami proses kematian pada setiap malam.  Namun, hanya sebahagian individu yang menyedari dan mengambil hikmah daripada kejadian itu.
Allah menyatakan dalam surah az-Zumar, ayat 42, Allah mengambil dan memisahkan setiap jiwa daripada badannya iaitu jiwa individu yang sudah tiba ajalnya semasa matinya dan jiwa individu yang tidak mati.  Pada masa tidurnya, Allah menahan jiwa individu yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan kembali jiwa lain ke badannya sehingga tiba ajalnya yang sudah ditetapkan.  Sesungguhnya hal itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah pada kaum yang berfikir dan memahaminya.
Sebelum memasuki pintu kematian kecil melalui tidur kita sehari-hari, perbuatan individu perlu sentiasa diikuti dengan amalan-amalan dan doa-doa yang ditetapkan seperti yang diajarkan oleh Rasulullah.  Dengan harapan, melalui doa-doa itu, setiap gerakan dan perbuatan kita terhindar daripada musibah kehidupan dan kematian yang buruk (suul khatimah) dan sentiasa memperoleh bimbingan serta perlindungan Allah.
::cara terindah untuk mati, hasil tulisan RACHMAT RAMADHANA AL-BANJARI::

::mari amalkan::

Saturday, 23 March 2013

jarum panjang, jarum pendek

jam ni senyum la.. 
di saat ini,
terjadi sesuatu yang menyenangkan kita,
kita juga dapat benda yang bermanfaat..
kan???

jam ini???
macam~ sedih je kn..huk3
apa jadi kat jam ni?
mesti terjadinya sesuatu yang bertentangan dengan jam senyum..

jom hayati surah pendek ni.. acapkali kita baca..tapi, adakah kita faham? adakah kita hayati? adakah kita amalkan?


pada hakikatnya, tanpa kita sedari~ sejurus keluarnya kita dari perut ibu, kita telah rugi,kerana apa???
  • masa dalam perut ibu, kita tidak merasai erti sakit (contohny, demam),namun bilamana kita keluar kita mudah sakit.
perempuan juga rugi selepas kahwin:
  • dulu nak iron baju, iron baju sendiri..tapi bila dah kahwin, perlu iron baju suami dan anak-anak..
*namun, ini bukan kerugian yang membataskan kita untuk terus maju kehadapan :)

Al Hassan al Basri berkata: 
Wahai anak Adam! Sesungguhnya kau hidup hanya beberapa hari. Setiap hari yang berlalu pergi, hilanglah separuh dari umurku!

Rasulullah S.A.W membahagikan masanya kepada 4:
  1. Waktu untuk Baginda berzikir kepada Allah.
  2. Waktu untuk Baginda muhasabah
  3. Waktu untuk Baginda berfikir tentang makhluk ciptaan Allah
  4. Waktu untuk Baginda menumpukan kepada keperluan seperti mencari rezeki.


Bagaimana pula kaedah terbaik memanfaatkann waktu dengan sebaiknya dari sudut perspektif Islam?

Rasulullah telah menitipkan pesanannya biat para sahabat dan  umat zaman berzaman melalui hadis yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi & Muslim: Amru bin Maimun r.a pada suatu hari Rasulullah telah menyampaikan sabda: 
Rebutlah peluang 5 perkara sebelum datangnya oerkara itu.

| ingatlah!!!! mari bersama-sama kita tangkis budaya suka BERTANGGUH terutamanyadalam perkara-perkara yang bermanfaat untuk kehidupan dunia akhirat|

TAHU -> SEFAR ->BUAT->HIKMAH (bijaksana)