KEMATIAN KECIL
Kita selalu mengalami
keadaan roh terpisah daripada jasad pada setiap malam semasa tidur. Ini kerana, apabila manusia tidur, roh azali
diangkat oleh Allah ke sisi-Nya, sehingga yang tinggal hanya roh yang sudah
bersatu pada nafas iaitu jiwa. Kemudian
atas kemahuan-Nya, roh azali itu dikembalikan semula ke jasad kita.
Ini menyebabkan kita
terbangun daripada proses kamatian kecil (tidur) itu. Dengan kata lain, kita mengalami proses
kematian pada setiap malam. Namun, hanya
sebahagian individu yang menyedari dan mengambil hikmah daripada kejadian itu.
Allah menyatakan dalam
surah az-Zumar, ayat 42, “Allah mengambil dan memisahkan
setiap jiwa daripada badannya iaitu jiwa individu yang sudah tiba ajalnya
semasa matinya dan jiwa individu yang tidak mati. Pada masa tidurnya, Allah menahan jiwa
individu yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan kembali jiwa lain ke badannya
sehingga tiba ajalnya yang sudah ditetapkan.
Sesungguhnya hal itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan
Allah pada kaum yang berfikir dan memahaminya.
Sebelum memasuki pintu
kematian kecil melalui tidur kita sehari-hari, perbuatan individu perlu
sentiasa diikuti dengan amalan-amalan dan doa-doa yang ditetapkan seperti yang
diajarkan oleh Rasulullah. Dengan harapan,
melalui doa-doa itu, setiap gerakan dan perbuatan kita terhindar daripada
musibah kehidupan dan kematian yang buruk (suul khatimah) dan sentiasa
memperoleh bimbingan serta perlindungan Allah.
::cara
terindah untuk mati, hasil tulisan RACHMAT RAMADHANA AL-BANJARI::
::mari amalkan::