Monday, 6 August 2012

Malam Bidadari Berselawat

بسم الله الرحمن الرحيم 


الحمد الله، syukur tidak terhingga kita panjatkan ke hadrat Allah subhanahu wa taala kerana dengan izin-Nya, kita dapat melangkah masuk ke fasa kedua Ramadhan, iaitu fasa keampunan. Dengan hayunan langkah yang masih bersemangat, kita perlu melaksanakan tuntutan Allah bukan setakat ibadah puasa sahaja, malah meningkatkan ibadah sunat lain seperti terawih, qiamullail, zikir, doa dan beristighfar. 

Istimewa sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, Biro Usrah dan Tarbiyah membawakan kepada anda Malam "Bidadari Berselawat". Program ini adalah kesinambungan daripada Alunan Zikir Rindu Buat Ilahi yang kita jalankan pada setiap hari Isnin di BISA. 

Istimewa malam ini, alunan zikir / selawat / qasidah pilihan kita akan diiringi dengan paluan alat-alat muzik percussion yang akan dimainkan oleh senior semester 8. 


Besarlah harapan kami agar zikir / selawat / qasidah yang dialunkan dapat dihayati dengan sepenuh jiwa dan emosi, seterusnya menambah kerinduan dan kecintaan kita kepada Allah dan Rasulullah. Semoga zikir / selawat / qasidah ini juga dapat diamalkan sebagai alternatif hiburan mendidik jiwa.

(^_^)y
selamat beramal



Tuesday, 10 July 2012

Qasidah Ya Badratim (versi Melayu)

بسم الله الرحمن الرحيم 

الحمد الله، bagi minggu 3 semester ini, kita bersama-sama mengalunkan qasidah Ya Badratim versi bahasa Melayu. Qasidah versi Melayu ini sengaja dipilih agar kita bersama-sama menghayati dengan sepenuh hati dan emosi bait-bait qasidah yang dialunkan, seterusnya menambah kerinduan dan kecintaan kita kepada Allah dan Rasulullah, insya Allah. 



c/o wahai purnama... wahai purnama
yang indah lagi sempurna
bagaimana... bagaimana...
nak ku luah dengan kata-kata

engkau menyinar di alam tinggi
di alam tinggi... (2x)
terangi kegelapan dan kebatilan

c/o

Denganmu alam bergemerlapan
bergemerlapan... (2x) 
Zahir batin dengan nur nikmat dan kurniaan

c/o 

Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya (2x)
Siang dan malam jua (2x)

c/o

selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu (2x)
Mereka yang istimewa dan amat sempurna

c/o

يا بدرتم .... يا بدرتم .....
يابدرتم حاز  كل  كمال 
ماذا  يعبر عن  علاك مقالي 


  إن شاء الله ، pada minggu hadapan kita akan mengalunkan qasidah Ya Badratim (يا بدرتم) versi bahasa arab pula. Semoga para guru pelatih IPGK PM dapat bersedia, dan mengamalkan qasidah ini sebagai alternatif hiburan mendidik jiwa. 

selamat beramal (^_^)y


Monday, 25 June 2012

Qasidah "Alhamdulillah Wa Syukrulillah"

بسم الله الرحمن الرحيم 

الحمد الله , tirai Alunan Zikir Rindu Buat Ilahi bagi semester 2 / 2012 dibuka dengan qasidah "Alhamdulillah Wa Syukrulillah".  Dalam halaqah, kita telah mengalunkan qasidah ini tanda puji-pujian kepada Allah dan  ke atas junjungan besar Murabbi Teragung, Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam





الْحَمْدُ لله وَ شُكْرُ لله ( x2 )
Segala puji bagi Allah dan kesyukuran kepada Allah

أَزْكَى صَلاَتِي وَسَلاَميِ لِرَسُولِ الله ( x2 )

Selawat dan salamku yang mulia untuk Rasulullah

الْحَمْدُ لله وَ شُكْرُ لله ( x2 )
Segala puji bagi Allah dan kesyukuran kepada Allah

أَزْكَى صَلاَتِي وَسَلاَميِ لِرَسُولِ الله ( x2 )
Selawat dan salamku yang mulia untuk Rasulullah

صَلِّي وَسَلَّمْ (الله)  عَلَى الْمُعَلِّم (الله) ( x4 )
Selawat dan salam kepada guru junjungan mulia

أَحْمَدْ مُحَمَّدْ يَا سِيدِي خَيْرُ الْبَرِيَة ( x2 )
Yang terpuji Muhammad wahai penghuluku sebaik-baik makhluk

الْحَمْدُ لله وَ شُكْرُ لله ( x2 )
Segala puji bagi Allah dan kesyukuran kepada Allah

أَزْكَى صَلاَتيِ وَسَلاَمِي لِرَسُولِ الله ( x2 )
Selawat dan salamku yang mulia untuk Rasulullah

هَذِهِ الْمَدِينَةْ (الله) فِيْهَا نَبِيْنَا (الله) ( x4 )
Bandar( Madinah) ini di dalam buminya ada Nabi kami

فِيهَا أْبَو الزَّهْرَأْ يَا سِيْدِيْ الْهَادِيْ لله ( x2 )


الْحَمْدُ لله وَ شُكْرُ لله ( x2 )
Segala puji bagi Allah dan kesyukuran kepada Allah

أَزْكَى صَلاَتيِ وَسَلاَمِي لِرَسُولِ الله ( x2 )
Selawat dan salamku yang mulia untuk Rasulullah

الْقُبَّةْ الخَضْرَاء (الله) لِبْرَاسُ الْحَضْرَة (الله) ( x4 )


فِيهَا أْبَو الزَّهْرَأْ يَا سِيْدِيْ الْهَاشِمِيَةْ  ( x2 )
Abu Zahra wahai penghulu Bani Hasyim

الْحَمْدُ لله وَ شُكْرُ لله (x2)
Segala puji bagi Allah dan kesyukuran kepada Allah


أَزْكَى صَلاَتيِ وَسَلاَمِي لِرَسُولِ الله  ( 2x )

Selawat dan salamku yang mulia untuk Rasulullah



 Inhya Allah, pada minggu hadapan, kita akan mengalunkan qasidah yang sama, versi perlahan pula. Semoga para guru pelatih dapat mengingati bait-bait lirik qasidah ini, dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian sebagai alternatif hiburan mendidik jiwa.. 

(^_^)y
selamat beramal

Wednesday, 30 May 2012

Barakallah..



بسم الله الرحمن الرحيم ...
الحمد الله ،الحمد الله الحمد الله الحمد الله رب العلمين . . .

“Sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran Allah) diciptakannya jodoh-jodoh kamu sendiri supaya kamu menghayati kehidupan yang tenteram dan dijadikan-Nya di antara kamu kasih dan sayang. Sesungguhnya yang demikian menjadi pelajaran bagi orang yang berfikir” (Surah Ar-Rum : 21)

UsTar dan seluruh warga IPGK PM mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada naib Pengerusi Biro UsTar BISA IPGK PM, Nur Farhana Binti Ibrahim, dengan pasangannya, Muhammad Naim bin Mahayadin. 

semoga sweet hingga ke syurga


  
بارك الله لكما و برك عليكما وجمع بينكما في الخير 
semoga Allah memberkati kalian berdua, mengurniakan barakah atas kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan.


Kompang dipalu bertalu-talu,
Menyambut kehadiran pengantin baru,
Mesra ikatan kasih berpadu,
Dalam rahmat-Nya cinta bersatu.

Bunga rampai hirisan pandan,
Sireh junjung kepala hantaran,
Jodoh pertemuan Tuhan tentukan,
                Ke jannah Firdaus bahagia didoakan.




Tuesday, 27 March 2012

Pengumuman : Usrah Sughra

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum, sahabat-sahabat pengunjung blog Bulatan Gumbira ni. Khusus dan spesifiknya buat sahabat-sahabat IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Salam mahabbah, salam ukhuwah fillah..

Insya Allah, perjumpaan usrah sughra (usrah kecil) kita yang pertama bagi sesi 2012 akan dijalankan seperti ketetapan berikut : 


tarikh : 28 Mac 2012
masa : 7.45 malam (selepas Maghrib)
tempat : Balai Islam Saidatina Aisyah (BISA IPGK PM)

"dan orang-orang yang berjihad demi mencari keredhaan Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan Kami; dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berbuat baik"                                              [Surah Al Ankabut, 29 : 69]

ayuh beramai-ramai memeriahkan bulatan gembira kita bersama ^^,


Tuesday, 6 March 2012

Selawat Fatih (Pembuka)

بسم الله الرحمن الرحيم 

Selawat fatih merupakan selawat yang menjadi amalan Syeikh Abdul Qadir Jailani. Insya Allah,  jika dijadikan amalan :

- tercapai segala hajat
- menghilangkan segala keresahan, kesusahan dan gundah gulana
- menolak yang buruk 




اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد


 اَلْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِم


 لِمَا سَبَقَ والنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِي


 إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيم 


وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ

 وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ

terjemahannya : 

Ya Allah, rahmatilah dan sejahterakanlah junjungan kami, Muhammad
Pembuka segala apa yang tertutup
bagi apa jua yang terdahulu, yang memperjuangkan kebenaran dengan kebenaran serta petunjuk
kepada jalan-Mu yang lurus
dan atas keluarga dan para sahabat baginda bersesuaian dengan darjat
dan kedudukannya yang tinggi lagi agung


(^^,)y
selamat beramal

Tuesday, 28 February 2012

selawat tafrijiyyah

بسم الله الرحمن الرحيم 




KETERANGAN :
(KATA IMAM AL-DAINURI)

1) Barangsiapa membaca 11 kali pada tiap-tiap kali lepas solat fardhu, maka tidak berkeputusan rezekinya, juga akan mendapat martabat ( kedudukan) yang tinggi.

2) Barangsiapa membaca 41 kali pada tiap-tiap kali lepas solat subuh, maka akan tercapai/berhasil segala maksud & cita-citanya.

3) Barangsiapa membaca 313 kali pada tiap-tiap hari, maka akan terbuka segala rahsia & dapat melihat apa yang dikehendakinya.

4) Barangsiapa membaca 1000 kali, maka akan tercapai segala perkara yang tak tergambar oleh akal, tak terlihat dengan mata kasar, tidak didengar oleh telinga & yang tidak terlintas pada hati.

Tuesday, 14 February 2012

selawat murah rezeki

بسم الله الرحمن الرحيم .. 

dengan izin Allah, selawat ini, jika diamalkan :
- Allah akan melapangkan rezeki
- Pengamal mempunyai akhlaq yang baik





اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ

صَلاَةً تُوَسِّعُ بِهاَ عَلَينَا الأَرْزَاقِ

وتحَسِّنُ بِهَا لَناَ الأَخْلاَق

وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم


wahai Allah rahmati dan kurniakanlah keselamatan Atas Muhammad Rasulullah

dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami

dan menambahkan baiknya akhlaq kami

dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya

selamat beramal
(^_^)y


Thursday, 9 February 2012

KUIZ Manusia Paling Osemm

بسم الله الرحمن الرحيم


اللهم صلى على سيدنا محمد و على أله و صحبه و سلم 


الحمد الله ، sempena bulan Maulidur Rasul, Rabiul Awal yang mulia, Biro Usrah dan Tarbiyah telah  menjalankan Kuiz Manusia Paling Osem pada waktu usrah kubra di BISA IPGK PM. Manusia Paling Osem yang dimaksudkan adalah baginda Nabi Muhammad Sollallahu alaihi wa sallam. 
Soalan kuiz terdiri daripada soalan-soalan berkaitan sirah Rasulullah Sollallahu alaihi wa sallam. Para guru pelatih yang berjaya menjawab soalan-soalan dengan tepat telah menerima hadiah yang lumayan daripada pihak UsTar. Tahniah diucapkan. 

Pelaksanaan kuiz ini diharapkan dapat meningkatkan ingatan, pengetahuan sedia ada dan penghayatan kita kepada sirah Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam. Seterusnya, menambah kecintaan kepada peribadi serta perjalanan hidup baginda, ahli keluarga, para sahabat serta para pengikutnya, serta dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian, terutamanya sebagai seorang bakal pendidik dan sebagai umat baginda amnya. 

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)". [Surah Al Ahzab : 21]

Semoga kita tergolong dalam kalangan hamba Allah yang memperoleh syafaat baginda sollallahu alaihi wasallam di akhirat kelak, insya Allah...



 يا رسول الله 생일 축하

Tuesday, 7 February 2012

Ya Nabi Salamun Alaika

بسم الله الرحمن الرحيم 





Di dalam kitab Ibnu Farhun Al Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada nabi mengandungi sepuluh faedah dan mendatangkan kemuliaan, iaitu :
Memperolehi selawat dari Allah (1o kali selawat)
-   Memperolehi syafaat dari Nabi Muhammad.
-   Mendapat pimpinan dari malaikat yang baik-baik.
-   Menghapuskan dosa
-   Mendapat pertolongan
-   Tercapai keperluan hidup
-   Mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir
-   Memperolehi nur zahir dan batin
-   Mendapat keselamatan dari azab neraka, membolehkan memasuki syurga.
Memperolehi ucap selamat dari Allah.

Monday, 6 February 2012

Pengisian Usrah BISA IPG Kampus PM 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

Berikut merupakan jadual pengisian oleh Biro Usrah dan Tarbiyah Balai Islam Saiyidatina Aisyah (UsTar BISA) 2012..

Isnin
1) Zikir ; Alunan Rindu Buat Ilahi
2) Qasidah 
Masa : Selepas solat Isyak (10-15 minit sahaja)
Pelaksanaan : Satu zikir atau qasidah akan diperkenalkan setiap minggu, dan kita meratibnya bersama-sama. Semoga ia menjadi amalan dalam kehidupan seharian.

Selasa
1) Usrah sughra (kecil) - Setiap minggu
2) Usrah kubra (besar) - Sekali setiap bulan
Masa : antara Maghrib dan Isyak
Pelaksanaan : Perjumpaan bulatan gembira dalam usrah sughra yang dikendalikan oleh naqibah.


"Bergerak Atas Dasar Kefahaman"


Justeru, UsTar mengajak semua SEMUA warga IPG Kampus PM agar bersama-sama menghadirkan diri ke BISA bagi menambah dan memantapkan lagi kefahaman kita tetang Islam nan terchenta ini. Jangan lupa ajak roommate, classmate dan jiran tetangga semuanya, ok. (^^,)


sebarang perubahan akan diumumkan dari semasa ke semasa. terima kasih~



Jom bergumbira bersama-sama. Saya, awak dan kita semua..
kami menanti kehadiran awak-awak semua.. 
(^_^)



Tuesday, 31 January 2012

Qasidah : Ya Taiba

بسم الله الرحمن الرحيم 

Qasidah Ya Taiba... alunan rindu buat Ilahi dan Nabi-Nya..



يا طيبه يا طيبه يا دوا العيانا اشتقنا لك
 والهوى نادانا .. والهوى نادانا
لما سار المركب نساني سار والدمع ما جفاني أخذوا قلبي مع جناني يا طيبه
 يا تيم الولهانا .. يا تيم الولهانا
قبلتي بيت الله صابر علني يوما لك زائر يا ترى هل تراني ناظر للكعبه
 وتغمرني أمانا .. وتغمرني بأمانا
نبينا أغلى أمنياتي أزورك لو مره بحياتي وبجوارك صلي صلاتي واذكر ربي
 واتلو القرانا .. واتلو القرانا
بشراك المدينه بشراك بقدوم الهادي يا بشراك فهل لي مأوى في حماك أتمنى
 فالنور سبانا .. نوركم سبانأ 
يا طيبه يا طيبه يا دوا العيانا اشتقنا لك
 والهوى نادانا .. والهوى نادانا


c/o Ya Tayba, Ya Tayba
Wahai Penawar  pesakit
kami merinduimu, dan kerinduan telah memanggil kami kepadamu

bagaikan kapal berlepas, ia melupakanku
mereka telah belayar, dan air mataku tidak pernah kering
mereka mengambil hati dan jiwaku bersama mereka
Ya Tayba, dikau cinta hatiku yang duka

c/o

kiblatku, rumah Allah, ku bersabar
mungkin satu hari aku akan datang untuk melawatmu
Aku tertanya-tanya, mampukah aku melihat kaabah
dan aku resah dengan keselamatannya ..

c/o

Nabi kami, hajatku, untuk melawat mu,
Sekurang-kurangnya sekali dalam hidupku
dan berdekatan denganmu, untuk menunaikan solatku
memuji Tuhanku, dan membaca Al-Quran

c/o

Wahai Madinah, bertuahnya kamu
bagi permulaan tamadun
mungkinkah aku mempunyai tempat tinggal di sebelahmu
Malah, lampumu telah mempesonakan kami



selamat beramal 
(^^,)y



Wednesday, 18 January 2012

Usrah dan Matlamatnya

بسم الله الرحمن الرحيم 



Tajuk : Usrah dan Matlamatnya
Disediakan Oleh :
Pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) 
IPGKPM


PENGENALAN
- Perkataan 'usrah' dalam pengertian kita adalah kumpulan afradul muslimin (individu-individu muslim) yang beriman dengan agama Islam, berusaha tolong-menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam.
-Usrah membentuk satu ikatan perpaduan yang dibina atas dasar akidah Islam dan terjalin dengan suatu ikatan persaudaraan Islam.

TEMPAT
- Usrah boleh diadakan di rumah (bilik) anggota usrah dengan cara bergilir-gilir atau di masjid (BISA) atau sebagainya.
 (UsTar : di padang, di cafe, di Pusat Sumber Puteri, di gym, di stadium PGL, di Melaka Sentral, di Zoo Melaka, di Pantai Puteri, di Mahkota Parade, di Giant, Jucso, Tesco dan Mydin pun boleh..)

TUJUAN
- Meningkatkan kefahaman tentang Islam 
- Mendidik ahli usrah supaya bertanggungjawab terhadap Allah dan Rasul-Nya
- Menghubungkan ahli usrah secara langsung dengan Al-Quran dan As-Sunnah
- Menyediakan tenaga yang sanggup berkorban demi kepentingan Islam
- Mengukuhkan ukhuwah islamiyah
- Membina kemantapan peribadi dan keyakinan diri
- Memantapkan pencapaian ilmu dan akademik

PELAKSANAAN 
- Diadakan seminggu atau dua minggu sekali
    (UsTar : setiap hari pun tak apa, bergantung pada kumpulan usrah masing-masing)
- Dikendalikan oleh seorang naqib / naqibah
- Solat berjemaah, berwirid, membaca Al-Quran adalah rukun utama majlis usrah
- Mempunyai tajuk yang tertentu

RUKUN USRAH
1)Ta'aruf - Berkenal-kenalan serta berkasih sayang antara satu sama lain
2) Tafahum - Persefahaman atas semua ahli. Setiap ahli hendaklah berpegang dengan kebenaran, iaitu dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya
3) Takaful - Saling tolong-menolong. Sabda Nabi SAW : "Kalau seseorang daripada kamu itu berjalan kerana hendak menolong saudaranya, itu lebih baik baginya daripada ia beriktikaf sebulan di masjidku ini."


Where 1 problem is solved by MANY people. Thats is USRAH ♥.
Where a happiness is shared together, that is USRAH ♥.
When 1 people forget, others reminding, that is USRAH ♥.
Instead of hanging out alone, hang out together, that is USRAH ♥.
In short, USRAH ♥ is all about WE, not ME.

Lets join any USRAH ♥ group today, having fun, connecting with people, while generating more and more pahala insyaAllah!

"jom gi usrah!" (^_^)

و الله أعلم

Monday, 16 January 2012

Ada Apa Pada Bulatan Gembira?

بسم الله الرجمن الرحيم

Mungkin ada yang bertanya, tertanya, ditanya dan tertanya-tanya. 

"Ape bende usrah tu?" 
"bulatan gumbira? apekah?"
 "perlukah join usrah ni?"
"ada apa dengan bulatan gembira ni?"


lebih info, lebih detail, lebih gembira :


dan kegembiraan menyusul


semua warga IPG Kampus Perempuan Melayu dijemput hadir untuk bersama-sama mengimarahkan BISA terchenta dan memeriahkan 'bulatan gembira kita'

semoga Allah merahmati (^^,)





Sunday, 1 January 2012

Assalamualaikum

بسم الله الرجمن الرحيم 

السلام عليكم ورحمة الله وبركته 

kaifa halukunna jami'an? (hehhe,, itu kata menyapa di kampus kami. al-maklum, semua muslimat)

kaifa halukum jami'an??
semoga semuanya ceria dan gembira bersama usrah tercinta..
salam taaruf, salam ukhuwah, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum

Selamat datang ke blog Biro Usrah dan Tarbiyah Balai Islam Saiyidatina Aisyah Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu (UsTar BISA IPG Kampus PM)

Insya Allah, blog ni akan mengemaskini (update) semua aktiviti biro UsTar dari semasa ke semasa. Segala komen, pujian, kritikan, dan cadangan penambahbaikan sangat dialu-alukan, demi kegembiraan bulatan gumbira kita bersama.. (^^,)



Wahai manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku (berpuak-puak) supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya
(Surah Al-Hujurat : 13)


semoga Allah merahmati (^^,)