بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلى على سيدنا محمد و على أله و صحبه و سلم
اللهم صلى على سيدنا محمد و على أله و صحبه و سلم
الحمد الله ، sempena bulan Maulidur Rasul, Rabiul Awal yang mulia, Biro Usrah dan Tarbiyah telah menjalankan Kuiz Manusia Paling Osem pada waktu usrah kubra di BISA IPGK PM. Manusia Paling Osem yang dimaksudkan adalah baginda Nabi Muhammad Sollallahu alaihi wa sallam.
Soalan kuiz terdiri daripada soalan-soalan berkaitan sirah Rasulullah Sollallahu alaihi wa sallam. Para guru pelatih yang berjaya menjawab soalan-soalan dengan tepat telah menerima hadiah yang lumayan daripada pihak UsTar. Tahniah diucapkan.
Pelaksanaan kuiz ini diharapkan dapat meningkatkan ingatan, pengetahuan sedia ada dan penghayatan kita kepada sirah Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam. Seterusnya, menambah kecintaan kepada peribadi serta perjalanan hidup baginda, ahli keluarga, para sahabat serta para pengikutnya, serta dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian, terutamanya sebagai seorang bakal pendidik dan sebagai umat baginda amnya.
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)". [Surah Al Ahzab : 21]
Semoga kita tergolong dalam kalangan hamba Allah yang memperoleh syafaat baginda sollallahu alaihi wasallam di akhirat kelak, insya Allah...
Sila cek semula soalan no 30.... anak Rasulullah s.a.w bersama Khadijah r.a bukan 6 tapi 7..... Tayyib lagi seorang... 3 lelaki dan 4 perempuan... terima kasih.. ketiga2 anak lelaki Rasul telah meninggal ketika masih kecil..
ReplyDelete